суббота, 18 октября 2008 г.

fat controlled diet





Ribut. Bukan ribut petir. Cuaca hari ini tenang sahaja. Setenang cecair pewangi aku yang kini cetek (omaigat tinggal satu per empat botol sahaja).



Sebenarnya apa yang aku maksudkan ialah reboot (berasal dari perkataan Inggeris).



Contoh penggunaan: "Aku nak reboot komputer lah Dah lembab sangat ni"
Maksudnya: Memulakan semula komputer.



Dalam konteks entri ini:
Aku mahu 'ribut' mood tenang selepas keadaan agak kucar-kacir dua tiga hari ini.



I've had too much jumbled up words and thoughts in my mind, been so very tired and exhausted -- sometimes I felt like wanting to trip my own legs, purposely let myself fall on the floor and went unconscious (hopefully only for a few hours).



It might sound weird but.. Oh well, at least it's a million times better than committing suicide, isn't it?



Oke. Sebenarnya tak adalah kucar-kacir sangat. Mungkin aku yang terlalu ekzajeret situasi. Tapi memang betul lah, kepala agak serabut sebenarnya. Terlalu banyak benda yang ingin diperkatakan tetapi tiada prioriti yang mana satu dahulu perlu diperkatakan.



Walaupun begitu, tidak bermaksud hidup aku kebelakangan ini tidak gembira, tidak ceria. Aku sedang ceria sebenarnya ni, dan selalunya ceria. Hanya otak saja yang bergerak terlalu pantas hingga tidak dapat dikejar apatah lagi dipintas.


...






Tempoh hari aku _____(kata kerja) bersama _____(kata nama) ke _____(nama tempat) untuk _____ _____(kata kerja dan objek) bersama. Kemudian, kami _____(kata kerja) di _____(nama tempat) sambil _____(kata kerja) dan melayan _____(objek). Kami juga _____(kata kerja) di situ. Namun, kami tidak _____(kata kerja) terlalu lama kerana _____(kata nama) perlu bergegas ke _____(nama tempat). Tetapi kami gembira walaupun _____(isikan apa saja untuk markah bonus).





Arahan: Sila isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.



Amacam? Ada rupa seperti ayat buku latihan Bahasa Melayu ketika di sekolah rendah tak? Itu sebenarnya kesah tentang apa yang berlaku beberapa hari lalu, dan aku (dan dia) memutuskan untuk merahsiakan situasi itu. Tapi boleh pulak aku cerita kat sini, kan? Sebab itulah aku jadikan kesah itu sebagai latihan buku teks sekolah rendah.



Harap-harap apa yang ditulis di atas tidak terlalu obvius (obvious) lah.
(aku agak lepas ini mesti ada beberapa orang yang akan bertanya, hehe).


...



Dah. Tiba-tiba aku mengantuk. Tetapi cahaya matahari sedang mencurah-curah masuk menerusi tingkap. Tolonglah Sesiapa pun, ajaklah aku melakukan sesuatu yang produktif dan berfaedah (takkan lah aku nak tidur je waktu hujung minggu).



fat controlled diet, fat controler, fat control natural health, fat control diet.



Комментариев нет: